Wednesday 26 October 2011

oh mood, kemarilah sayang..=)

Hari ni mood nak bekerja tak sampai-sampai lagi sampai sekarang..hehe..entahlah, mungkin tertinggal kat rumah kot..mungkin jugak Batrisya sorokkan mood keje papa dia ni kot..=)..apa-apa pun, cuti semalam masih belum habis lagi..sampai pagi ni masih terasa lagi..

Aku tak tahu nak cakap apa, cuma hari ni mood aku mahu cari keje lain jer...target aku, tahun baru nanti aku dah keje ditempat baru..rasanya dah lama sangat aku keje disini..sampai dah naik tepu rasanya..kalau ikut planning aku, aku mahu cari area Rawang, Bukit Beruntung, Rasa, Batang Kali dan menghala ke Tanjung Malim..tapi kerjaya macam aku ni, diarea-area sana susahlah nak cari...aku tak tahulah kenapa..mungkin sana bandar kecik kot..

Jika ada sesiapa yang tahu ada hendak pakai JURUUKUR BAHAN atau QUANTITY SURVEYOR di area yang aku cakapkan tadi, bolehlah bagi tahu kat aku yer..mengharap sangat ni..tapi sebab sebenarnya aku ingin tukar angin adalah kerana aku dah tak sanggup berjauhan dengan wife dan Batrisya Sofia..hehehe...sampai bila nak jadi weekend husband kan? so, nak taknak, aku kena berkorban...aku mahu tengok muka Batrisya hari-hari..nak lihat dia membesar didepan mata...

Ok la..mood bekerja dah datang dah ni..mungkin Batrisya dah pulangkan mood kerja papa dia ni, so aku kerja dulula yer..kepada sahabat-sahabat diluar sana, selamat bekerja....pendek kata, selagi hidup selagi itulah kita bekerja...

2 comments:

  1. ..hehe..saja jer..nak berdekatan dengan wife and baby jer..lagi pun dah lama kat sini..nk try angin lain plak..

    ReplyDelete