Monday, 31 October 2011

..Selamat Tinggal Pakcik..

..28hb November 2011, Selepas solat Isyak aku mendapat call dari kampung mengatakan pakcik Musa telah kembali kerahmatullah akibat sakit jantung..terkedu seketika..macam2 bermain difikiran, macam tak percaya pun ada..sebab setahu aku arwah ni takde sakit yang kronik..tak pernah dengar arwah kena tahan wad ke apa..kali terakhir aku jumpa arwah masa Raya Puasa hari tu...aku suka dengan arwah sebab arwah ni jenis tak banyak bercakap..sentiasa senyum..

Arwah seolah-olah macam tahu dia akan dijemput illahi..sebelum meninggal,arwah sempat menulis kalimah "ALLAH" di dalam kolah dibiliknya..kalimah ALLAH tu menghadap kiblat..
inilah kalimah yang ditulis oleh arwah..

masa hendak memandikan jenazah, aku dapat tengok muka arwah senyum..subhanallah...demi Allah, dah lama aku tak menangis..tapi pada hari tu, air mata ini keluar dengan sendirinya..sedih, sayu, terharu..macam-macam bermain difikiran ni...

Disaat aku sedang menaip ini, hati ini tiba-tiba sebak..aku minta maaf..sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak kongsikan..tapi aku rasa cukuplah sampai sini saja...

.....Haji Musa B Yusoff, semoga rohmu tenang disana~~

Wednesday, 26 October 2011

oh mood, kemarilah sayang..=)

Hari ni mood nak bekerja tak sampai-sampai lagi sampai sekarang..hehe..entahlah, mungkin tertinggal kat rumah kot..mungkin jugak Batrisya sorokkan mood keje papa dia ni kot..=)..apa-apa pun, cuti semalam masih belum habis lagi..sampai pagi ni masih terasa lagi..

Aku tak tahu nak cakap apa, cuma hari ni mood aku mahu cari keje lain jer...target aku, tahun baru nanti aku dah keje ditempat baru..rasanya dah lama sangat aku keje disini..sampai dah naik tepu rasanya..kalau ikut planning aku, aku mahu cari area Rawang, Bukit Beruntung, Rasa, Batang Kali dan menghala ke Tanjung Malim..tapi kerjaya macam aku ni, diarea-area sana susahlah nak cari...aku tak tahulah kenapa..mungkin sana bandar kecik kot..

Jika ada sesiapa yang tahu ada hendak pakai JURUUKUR BAHAN atau QUANTITY SURVEYOR di area yang aku cakapkan tadi, bolehlah bagi tahu kat aku yer..mengharap sangat ni..tapi sebab sebenarnya aku ingin tukar angin adalah kerana aku dah tak sanggup berjauhan dengan wife dan Batrisya Sofia..hehehe...sampai bila nak jadi weekend husband kan? so, nak taknak, aku kena berkorban...aku mahu tengok muka Batrisya hari-hari..nak lihat dia membesar didepan mata...

Ok la..mood bekerja dah datang dah ni..mungkin Batrisya dah pulangkan mood kerja papa dia ni, so aku kerja dulula yer..kepada sahabat-sahabat diluar sana, selamat bekerja....pendek kata, selagi hidup selagi itulah kita bekerja...

Tuesday, 25 October 2011

Bila Hati Berkata-Kata..

Kenapa "Bila Hati Berkata-Kata?"..Sebab apa yang aku coretkan disini semuanya datang dari hati aku sendiri...Apa yang aku cuba katakan semuanya dari hati, tidak ada paksaan dari sesiapa..Aku bukan penyair yang dapat bersyair dengan baik..dan aku bukan seorang penulis yang dapat menulis dengan baik..aku hanyalah seorang hamba Allah yang menumpang di muka bumi Allah ini untuk mencari sedikit kebahagiaan untuk dikongsi bersama-sama kalian..


Salam perkenalan dari saya Mohd Syukur a.k.a Jejaka Pemalu..